CHICAGO: Penyanyi R Kelly terpaksa menjalani setahun lagi hukuman penjara disebalik hukuman penjara 30 tahun yang sedang dilaluinya.
Kelly dipenjara pada Jun 2022 selama tiga dekad selepas didapati bersalah melakukan pemerdagangan seks dan penipuan perniagaan oleh mahkamah di New York.
Beberapa bulan selepas itu, dia turut didapati bersalah oleh mahkamah di Chicago kerana mengambil keuntungan daripada perhambaan seks dan menerbitkan kandungan seks kanak-kanak.
Dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi pendakwaan tersebut, namun hukuman penjara selama 19 tahun akan berjalan secara serentak dengan hukuman sebelum ini.
Sekiranya dia terpaksa menjalani hukuman penuh, dia akan dipenjara sehingga usianya mencecah pertengahan 80 tahun.
Pendakwa persekutuan memohon supaya hukuman penjara 25 tahun dikenakan terhadap Kelly, lebih tinggi daripada garis panduan yang ditetapkan.
Dakwa mereka, jenayah yang dilakukan Kelly amat jijik apabila dia merakamnya dan sesetengahnya boleh ditonton secara dalam talian.
“Lebih ramai kini menonton pornografi kanak-kanak. Kesan daripada tindakan Kelly ini sangat besar, tidak boleh dihitung dan tidak boleh diundur,” memetik memo pasukan pendakwaan persekutuan.
Peguam bela Kelly, Jennifer Bonjean telah memohon hakim untuk membenarkan Kelly menjalani hukuman terbaharu serentak dengan hukuman pertamanya.
Jelas Jennifer, hukuman yang dijalankan secara berasingan ibarat ‘hukuman mati kedua’.
Dia juga mendakwa, pasukan pendakwaan telah menggunakan naratif ‘menarik’ untuk mengapi-apikan persepsi negatif terhadap belas bintang R&B itu.
Dalam perbicaraan di Chicago, mangsa yang menggunakan nama samaran ‘Jane’ memberitahu mahkamah bahawa Kelly telah menderanya ratusan kali sehingga dia mencecah usia 18 tahun.
Tiga video telah ditayangkan kepada juri semasa perbicaraan tersebut.
Selain itu, empat lagi wanita mendakwa Kelly telah mendera mereka semasa dibawah usia.
Dalam perbicaraan di New York sebelum ini, barisan juri dimaklumkan bahawa Kelly telah memperdagang wanita bagi penderaan seksual di seluruh Amerika Syarikat dengan bantuan pengurus serta kakitangannya yang lain.
Pemenang Anygerah Grammy yang popular dengan lagu 'Ignition' dan 'I Believe I Can Fly' itu merupakan antara individu berprofil tinggi yang didakwa menerusi gerakan #MeToo.
Astro Awani
Thu Feb 23 2023
R Kelly ketika meninggalkan perkarangan mahkamah di Chicago, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
Hukuman penjara R Kelly ditambah selepas pendakwaan kedua
Kelly dipenjara pada Jun 2022 selama tiga dekad selepas didapati bersalah melakukan pemerdagangan seks dan penipuan perniagaan.
R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan termasuk berkaitan penderaan seksual dan pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak.
Penyanyi R Kelly dipenjara 30 tahun
Peguam Kelly memaklumkan penyanyi itu akan mengemukakan rayuan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyanyi 'I Believe I Can Fly' R. Kelly didapati bersalah
Kelly menghadapi kemungkinan dipenjara selama beberapa dekad atas jenayah itu.
Pengurus R Kelly dihadap ke mahkamah ugut lepas tembakan, kesalahan seksual
Pengurus kepada penyanyi R Kelly ditahan atas tuduhan mengungut untuk melepaskan tembakan di sebuah teater di Manhattan dua tahun lalu.
R Kelly dituduh rasuah kahwini Aaliyah pada usia 15 tahun
Kelly dituduh membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan "satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1" pada 30 Ogos 1994.
'Saya tidak bodoh nak buat semua itu' - R. Kelly nafi terlibat jenayah seksual
R. Kelly tidak dapat mengawal emosi ketika ditemubual Gayle King seminggu selepas didakwa 10 pertuduhan gangguan seksual.
R Kelly berdepan hukuman penjara dengan bayaran bon RM4.8 juta
Penyanyi berusia 52 tahun itu didakwa dengan tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat orang wanita, termasuk tiga darinya bawah umur.